???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Graduan autisme beri inspirasi, bukti mampu cemerlang dalam akademik

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 3 Disember - Keazaman dan kesungguhan graduan Bacelor Sains dan Teknologi Kayu dengan Kepujian di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Chew Sheng Yan, membuktikan individu autisme mampu cemerlang dalam akademik. 

 

Chew, 25, berkata sebagai individu autisme beliau akui memerlukan lebih masa untuk memahami konsep-konsep yang diajar oleh pensyarah dalam kuliah.

 

“Saya sering bertanya kepada pensyarah selepas kuliah untuk mendapatkan penjelasan tambahan dan kerap berbincang dengan rakan sebilik serta melakukan ulangkaji bersama bagi meningkatkan kefahaman saya dan ketika persediaan peperiksaan,” katanya.

 

Beliau yang memperoleh CGPA 3.87 itu berkata, beliau sangat berminat terhadap bidang pengajian tersebut kerana melihat peluang untuk memperkasakan pengetahuan beliau dalam bidang itu.

 

“Bermula dari cadangan seorang rakan dan kaunselor empat tahun lalu, di sekolah saya diberitahu program ini boleh membantu memajukan sektor industri perkayuan negara dari segi automasi dan proses yang mesra alam,” katanya. 

 

Berasal dari Melaka, Chew berkata sokongan daripada pensyarah serta rakan-rakan dan Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU UPM telah banyak membantu beliau beradaptasi dengan suasana kampus.

 

“Sejak hari pertama saya di universiti sehingga tamat pengajian di sini saya sangat berterima kasih dan tidak lupa akan jasa baik serta bantuan yang saya peroleh kerana tanpa sistem sokongan ini tidak mungkin akan saya sampai ke tahap ini,” katannya.

 

Chew juga menekankan kepentingan keseimbangan antara belajar, bersukan agar kehidupan belajar lebih sihat.

 

“Saya akan mengambil masa seketika untuk merehatkan diri dengan berbual dengan rakan sebilik atau bermain badminton untuk melepaskan tekanan. Ini membantu saya kekal fokus semasa belajar,” katanya.

 

Chew turut menitipkan pesanan kepada individu autisme lain untuk sentiasa positif dan cuba yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

“Kejayaan saya hari ini membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang kepada kejayaan. Dengan usaha, sokongan dan tekad yang kukuh, tiada yang mustahil untuk dicapai apa yang diimpikan,” katanya. 

 

SXMVWAg~