???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Graduan Aktif di Universiti Raih Anugerah Diraja!

OLEH: NUR SYAMILA KAMARUL AREFIN DAN HELENA PIEARY ANAK JUMAN

 

 

 

SERDANG, 30 November- Cabaran terbesar yang dihadapi semasa tahun ketiga dalam bidang Sains Dietetik, ketika memasuki fasa klinikal, menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), menjadikan dirinya lebih semangat untuk belajar.

 

Graduan Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM, Mohammad Haziq Zikri Zainuri berkata, tanggungjawab itu pada awalnya mengalih tumpuannya kepada pelajaran.

 

 

“Namun dorongan daripada Timbalan Dekan dan rakan-rakan, membawanya kembali ke landasan semula.

 

“Memegang amanah ini tidak  mudah. Namun, kecekalan dan usaha tanpa henti membuatkan saya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diminati dengan cemerlang.

 

Beliau berkongsi, pengalaman klinikal di hospital akhirnya mengubah perspektifnya.

 

“Ketika itulah saya mula menyedari betapa menariknya bidang ini dan terus bersemangat untuk melengkapkan pengajian.

 

Mohammad Haziq adalah YDP MPP UPM turut menerima  Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM ke- 48 yang berlangsung pada 30 November hingga 6 Disember.

 

Beliau yang kini telah mula bekerja sebagai  Pegawai Dietetik Korporat di syarikat Micron Technology.

 

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Putra Malaysia (UPM) Anoushri Menon Dinesh, 23, berkata, disiplin sangat penting untuk memperoleh kejayaan hari ini.

 

 

“Berdisiplin tinggi merupakan asas penting kemenjadian pelajar yang harus sentiasa disemai dalam jiwa untuk mengecapi kecemerlangan dunia dan akhirat tidak kira dalam pelbagai aspek.

 

“Anugerah ini bukti kepada disiplin saya sepanjang bergelar pelajar, di mana saya perlu membahagikan banyak masa untuk memenuhi segala tuntutan sebagai pelajar dalam kokurikulum dan akademik,  

 

Beliau juga menekankan agar menghormati ibu bapa kerana mereka ialah insan yang paling banyak berkorban segalanya demi kejayaan masa depan anak-anak.

SXMVVAu~