???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Gel Tenaga Berasaskan Kurma UPM Menang Anugerah Arab Saudi

Oleh: Helena Pieary Juman

 

SERDANG, 3 Dis - Produk gel tenaga berasaskan kurma yang diperkaya dengan madu dan habbatus sauda menang anugerah kategori Pembangunan Produk Baharu dalam Anugerah National Centre for Palms and Dates International (NCPD) 2024 yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

 

Anugerah ini adalah anjuran National Centre for Palms and Dates, Arab Saudi menerima 173 permohonan penyertaan dari 37 buah negara dan hanya 14 penyertaan sahaja terpilih sebagai pemenang bagi tiga kategori yang dipertandingkan.

 

Tiga kategori yang dipertandingkan adalah Best Scientific Research Prize Joint-Winners (5 pemenang), Date Palm Innovative Technology Excellence Prize Joint-Winners (5 pemenang) dan New Product Development Prize Joint-Winners (4 pemenang).

 

Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal dan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, Ketua Penyelidik projek ini berkata, produk gel tenaga berasaskan kurma yang diperkaya dengan madu dan habbatus sauda itu memberikan tenaga tahan lama dan pemulihan optimum bagi atlet.

 

“Produk ini merupakan hasil penyelidikan mendalam yang menggabungkan manfaat khasiat kurma, madu, dan habbatus sauda untuk memberikan alternatif makanan berkhasiat dan efektif untuk atlet dalam menghadapi cabaran fizikal yang tinggi serta mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah.

“Kreativiti dan kesan yang positif oleh produk tersebut kepada industri sukan dan pemakanan  menonjolkan sumbangan luar biasa dalam penyelidikan saintifik selain penilaian pembentangan projek menarik perhatian juri serta lembaga pemegang amanah,” katanya.

 

Produk gel sukan ini adalah usaha berterusan mempromosikan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang lebih sihat dan berkualiti dalam makanan sukan, sekaligus memberi peluang kepada para atlet untuk meningkatkan prestasi mereka dengan cara yang lebih berkesan dan alami.

 

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak terlibat dalam menjayakan projek ini dan akan meningkatkan lagi kualiti penyelidikan dalam bidang teknologi makanan dan produk halal,” tambahnya.

 

Sementara itu, anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Alam Sekitar, Air, dan Pertanian Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Abdul Rahman Al-Fadhli membawa pulang wang tunai SAR100,000.00 trofi dan sijil.

SXMXDAz~