???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

FSKTM Tingkatkan Kolaborasi Global melalui Program Geran Penyelidikan Antarabangsa

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Saleha Harun 
 
 
SERDANG, 10 Julai – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah melancarkan program Pemerkasaan Geran Penyelidikan Antarabangsa FSKTM, hari ini.
 
Dekannya, Dato’ Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam berkata program ini bertujuan untuk memperkuatkan jaringan kolaborasi antarabangsa dan membantu ahli akademik bagi mendapatkan geran penyelidikan yang besar.
 
“Geran penyelidikan antarabangsa menawarkan sumber kewangan yang lebih besar untuk para penyelidik menjalankan penyelidikan berskala besar dan lebih komprehensif.
 
"Dalam pada itu, FSKTM UPM juga dalam usaha untuk meningkatkan penyelidikan bertaraf antarabangsa dan program ini adalah selari bagi memperkasakan kolabarasi antarabangsa," katanya.
 
 
Katanya lagi, UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan, harus sentiasa berusaha untuk melahirkan penyelidikan yang berinovasi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM, Profesor Dr. Zamberi Sekawi berkata program ini bukan sahaja akan menyediakan sumber kewangan yang amat diperlukan untuk penyelidikan, tetapi juga akan mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi antarabangsa khususnya.
 
“Program ini adalah satu langkah strategik untuk memastikan UPM terus relevan dan kompetitif bagi mendapatkan geran penyeliidkan.
 
"Melalui geran penyelidikan antarabangsa, fakulti dan universiti akan dapat meningkatkan kualiti penyelidikan mengikut piawai yang ditetapkan oleh penaja.
 
 
“Kejayaan dalam mendapatkan geran antarabangsa memberi kita berpeluang untuk berkongsi kepakaran, bertukar idea, dan bersama-sama mencari penyelesaian kepada isu-isu global yang semakin mencabar,” katanya.
 
Pelancaran program ini bertepatan dengan inisiatif Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei lalu. -UPM

SXKSWA6~