???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

FS FEED MAKANAN ALTERNATIF TERNAKAN LARVA AKUAKULTUR

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Md Nasir Hussin

 

SERDANG, 26 April- Perkembangan dunia akuakultur sebagai sumber protein telah membawa kepada budaya penternakan ikan dan udang dengan lebih giat pada masa kini. 

Bagi meningkatkan tumbesaran dan kadar hidup larva ikan dan udang dalam pengeluaran stok benih maka sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mencipta makanan mikrodiet yang diberi nama FS Feed.

Ketua Penyelidik, Fakulti Pertanian UPM, Dr. Muhammad Fadhil Syukri berkata FS Feed dihasilkan daripada 100 peratus bahan organik bagi menggantikan makanan hidup seperti Rotifer dan Artemia untuk anak benih ikan serta udang.

Beliau berkata, peningkatan permintaan Artemia di seluruh dunia menjadikan bekalan dan ketersediaannya terbatas di samping harga yang semakin meningkat setiap tahun.

“Disebabkan had dan kos makanan hidup ini maka FS Feed ini dapat dijadikan sebagai makanan alternatif yang menggantikan makanan hidup. Selain itu, FS juga memberi penternakan ikan yang lebih baik pada kos yang lebih rendah selain ia boleh dicerna dengan mudah dan diserap oleh larva ikan.

“Terdapat pelbagai saiz FS Feed ini antara 125 hingga 500 mikrometer, dimana ianya boleh diberikan kepada larva secara langsung tanpa memerlukan pra-kultur atau rawatan. Oleh itu, kadar pertumbuhan dan survival larva ikan dan udang mampu dikekalkan atau lebih baik dengan menggunakan FS feed,” katanya.

Beliau yang bercakap pada sidang media Putra Cipta di Putra Science Park di sini hari ini berkata ciptaan rumusan makanan mikrodiet ini turut memberi jaminan kepada keselamatan makanan hidupan akuakultur.

Turut hadir pada program berkenaan Timbalan Pengarah Bhagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dan Ketua Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian UPM, Prof. Madya Dr. Yuzine Esa.

Tambahnya lagi, minyak ikan adalah bahan utama untuk makanan mikro ini bagi menyokong pertumbuhan dan survival larva ikan dan udang.

“FS Feed sangat sesuai digunakan oleh penternak dan pembiak larva ikan dan udang kerana dapat mengurangkan kos makanan apabila menggunakan produk tempatan dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai untuk penjagaan makanan. Selain itu, teknologi FS Feed juga mampu menghasilkan pengeluaran sepanjang tahun dan dibekalkan terus kepada penternak,”katanya.

Pembelian FS Feed ini boleh dibeli secara terus melalui portal www.thefsfeed.com, medium Facebook fishshrimpfeed atau berhubung di talian 0139232116 dan dijual dalam tiga pek (10g RM15, 20g RM25 dan 100g RM85).  - UPM

SXMWKA4~