???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

FPP UPM sertai Program Transformasi Minda Anak Muda

Oleh: Dr. Nurzatulshima Kamarudin

 

TELUK INTAN, 12 Nov - Delegasi dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Program Transformasi Minda Anak Muda: Karnival Semarak Tani di Kolej Vokasional (Pertanian), Teluk Intan, di sini.

Degelasi diketuai oleh Dr. Nurzatulshima Kamarudin dan disertai Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, Pn. Nurul Norzakiah Mohd Nasir, En. Ajarudin Yusof, Cik Siti Rahayu Abdul Ghafar, Cik Ashana Saffie serta tiga alumni Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (BPSP), FPP, UPM.

Penyertaan delegasi FPP, UPM mendapat sokongan dari Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program dua hari itu turut melibatkan pelajar Kolej Vokasional pertanian di Malaysia, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) seperti Bahagian-Bahagian KPM, Yayasan Pembangunan Modal Insan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti awam dan swasta, serta sekolah.

Delegasi FPP, UPM mendedahkan kepentingan peranan pendidikan dalam penghasilan pertanian dalam memberi galakkan kepada komuniti peladang, penternak dan nelayan.

Ketua delegasi Dr. Nurzatulshima Kamarudin berkata, selain dorongan kewangan, sokongan kemahiran dan kepakaran turut diperlukan bagi memastikan golongan petani memperbaiki amalan agronomi serta menggunakan teknologi dan pengurusan secara moden.

“Perkongsian idea, ilmu, kemahiran dan motivasi kepada masyarakat adalah selaras dengan agenda UPM dengan memberi pendedahan idea kepada pengunjung karnival serta melebarkan keterlihatan dan kepakaran pensyarah di luar kampus,” katanya.

Katanya, bagi keperluan semasa, pengintergrasian idea dan kemahiran yang dikongsi amat bersesuaian bagi memberi inspirasi kepada pengunjung dalam mencapai aspirasi negara terutamanya dalam sektor pertanian dalam menjamin makanan negara.

Beliau berkata, dengan objektif menyebarluas aspirasi kelestarian hijau dalam pertanian, delegasi turut memupuk kesedaran tentang pentingnya inovasi dan pertanian lestari dalam menjamin sekuriti makanan negara.

Melalui ceramah bertemakan teknologi hijau dalam pertanian, beliau berharap dapat menyedarkan peserta mengenai pentingnya elemen pendidikan dalam menghasilkan inovasi pertanian.

Selain itu idea inovasi pertanian lestari ke arah sekuriti makanan turut menjadi agenda dalam pendidikan pertanian yang dikongsi. Delegasi FPP, UPM turut mempamerkan serta membuat jualan produk lestari hijau serta mempromosi program pengajian di FPP, UPM khasnya dan UPM amnya.

Peranan FPP, UPM dalam menjulang kecemerlangan pendidikan sains pertanian di Malaysia dapat dikongsi melalui penyertaan dalam program seperti ini. - UPM

 

 

 

SXMWQAb~