???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Eksplorasi virtual ilmu sains biologi melalui permainan

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Luqman Hakim Muhamad Firdaus, Sofea Nadira Mohd Sazali, Syed Alif Imran Syed Khairil Akbar Alif Aiman Azhar dan Nurul Azwa Aszaha

SERDANG, 20 Jun – Seramai 170 peserta menyertai program "Bio-Superhero Outreach 3.0 (BSO3.0) 2021" selama lima hari ini, bermula 16 hingga 20 Jun lalu.

Ia dianjurkan Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga Ahli Bersekutu MySTEM Ambassador UPM dengan kerjasama Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kelab Mahasiswa Psikologi dan Kerja Sosial (PSYCLUB), UKM.

Program bertemakan “New Norm Biology Adventure in Community” itu berjaya menarik pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan institusi pengajian, serta menarik minat masyarakat daripada pelbagai organisasi.

Ia melibatkan penyertaan tujuh peserta dari PPA Desa Rejang, PPR Pantai Ria (lapan), PPR Seri Pantai (empat) dan lain-lain (151).

Penyertaan lain ialah dari Kolej GENIUS PINTAR (139) yang juga merupakan program di bawah PERKASA, Sekolah Menengah Sains (lima), Sekolah Menegah Kebangsaan (empat), dan masing-masing satu dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Tunku Kurshiah serta Sekolah Kebangsaan.

Terdapat tiga jenis aktiviti dijalankan iaitu Hero Trivia pada 17 Jun, Run Hero Run pada 18 Jun, dan Alphabet Challenge pada 19 Jun dengan kerjasama PSYCLUB, UKM yang dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian menggunakan platform media sosial.

Program itu adalah platform untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dapat memupuk kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai kepentingan ilmu biologi dan kesihatan mental dengan mempraktikkannya dalam keadaan norma baharu.

Penasihat Program dan KMB, Dr Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, berkata BSO3.0 2021 adalah program yang dilaksanakan oleh KMB bagi menggalakkan peserta terlibat secara aktif dalam visi meningkatkan ilmu biologi dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.

Katanya, berbeza daripada aktiviti KMB yang dianjurkan sebelum ini, program BSO3.0 2021 dianjurkan bersama Let’s Listen to Nature 5.0 juga dari KMB dan Semarak Remaja 1.0 daripada PSYCLUB.

"BSO3.0 2021 adalah salah satu inisiatif UPM, khususnya, Jabatan Biologi untuk memperkenalkan ilmu biologi serta mengaitkan dengan isu kesihatan mental dengan alam sekitar serta kepentingannya kepada pelajar,” katanya. 

Pengarah program, Luqman Hakim Muhamad Firdaus berkata norma baharu bukan alasan untuk tidak menjalnakan program seperti itu, malah ia merupakan ilmu baharu bagi pelajar supaya berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan walaupun hanya menggunakan platform dalam talian untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

"Melalui program ini, ia dapat mendidik masyarakat mengenai ilmu biologi dan kesihatan mental, terutama ketika pandemik COVID-19. Saya berharap BSO3.0 2021 dapat membuka minda masyarakat tentang ilmu biologi serta memberi peluang kepada mereka yang tidak berlatar belakangkan ilmu sains Biologi untuk menerokainya dengan lebih mendalam,” katanya.

Tiga peserta yang aktif menyertai program diberikan penghargaan dan hadiah, masing-masing RM100 sumbangan daripada Fakulti Sains, UPM manakala dua kumpulan yang memperoleh markah keseluruhan tertinggi dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah berjumlah RM1,500 tajaan MTC-PERKASA dan MySTEM UPM. – UPM

SXMXDAK~