???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Eksplorasi Pertanian di Jepun perkenal inovasi baharu kepada pelajar UPM

Oleh: NURUL EZZATY MOHD AZHARI
 
 
 
KOCHI, 24 Mei – Eksplorasi Pertanian di Jepun oleh pelajar tahun 2, Bacelor Sains Pengurusan Perladangan (BSPP), Fakulti Pertanian (FP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Tamilarasan a/l E Nagarajan telah memperkenalkanya terhadap inovasi baharu pertanian yang berpotensi diaplikasikan di negara ini.
 
Bak kata pepatah Melayu ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’ dan begitulah pengalamannya selama seminggu telah memberikan Tamilarasan input berharga terhadap inovasi terkini dalam sektor pertanian di negara matahari terbit itu.
 
“Kunjungan ke Shimanto Mihara Vegetable Garden yang merupakan sebuah rumah kaca pertanian sangat memukau mata setelah melihat penggunaan teknologi pertanian yang membantu produktiviti pengeluaran sayuran di sana.
 
"Saya telah diperkenalkan dengan konsep Internet of Plant (IoP) bagi membantu pengelolaan tanaman yang lebih efektif melalui penggunaan sensor dan teknologi terkait," katanya.
 
 
Jelasnya, penggunaan IoP menandai langkah penting bidang pertanian dan perlu untuk diaplikasikan di Malaysia.
 
Tambah beliau, IOP memberikan banyak manfaat seperti membolehkan pemantauan tanaman secara berterusan, pengurangan pembaziran air dan peningkatan produktiviti pertanian melalui analisis data secara masa sebenar.
 
“Saya turut mempelajari petanian pintar, perhutanan pintar, dan perikanan pintar. Secara keseluruhnnya ia menunjukkan komitmen Jepun dalam mengembangkan sumber alam dan pertanian bagi memajukan sektor ini di negara mereka.
 
“Saya yakin dengan konsep ini akan menjadi landasan bagi masa hadapan pertanian yang boleh diaplikasikan di Malaysia,” katanya yang sangat terinspirasi dengan inovasi pertanian di Kochi, Jepun.
 
 
Kembara ilmu pertaniannya di Jepun adalah menerusi program Sakura Science yang ditaja sepenuhnya oleh Japan Science and Technology Agency dan Kochi University.
 
“Saya sangat berterima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu atas kesempatan dan peluang membenarkan saya ke sana bersama seorang lagi rakan saya, Eswaran di Fakulti Sains,” katanya. - UPM

SXMSEAW~