???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

E-Konvensyen Nusantara Sukarelawan Sosial dibuat secara maya

Oleh: Nurul Syafiqah Hanim Masmos

SERDANG, 13 Dis  - Persatuan Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (PESUMA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan E-Konvensyen Nusantara Sukarelawan Sosial 2020 menerusi platform Zoom dan ‘Facebook Live’ Yayasan Ihtimam Malaysia.

Program itu yang bertemakan ‘Raikan Potensi Bersama Keindahan Diversiti dan Norma Baharu’ dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

E-Konvensyen itu turut bekerjasama dengan Yayasan Ihtimam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, PESUMA serta Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, UPM.

E-Konvensyen Nusantara Sukarelawan Sosial 2020 menyasarkan peserta dari wakil Pertubuhan Bukan Kerjaaan (NGO), orang awam, mahasiswa mahasiswi serta pelajar sekolah.

Peserta E-Konvensyen berpendapat bahawa diskusi seperti itu wajar dijalankan dengan lebih kerap kerana isu yang dibincangkan begitu dekat dengan realiti kehidupan walaupun dalam norma baharu.

Dua sesi forum dilangsungkan melibatkan gabungan pandangan ahli panel dari tiga Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Forum pertama dengan topik ‘Norma Baharu dalam Menangani Isu Sosial dan Kekeluargaan’ memperlihatkan diskusi menarik yang menekankan isu sosial semasa seperti masalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), akhlak remaja, dan faktor keruntuhan institusi kekeluargaan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Mohd Izwan Md Yusof berkata  isu LGBT yang kian meningkat perlu juga perlu mengambilkira faktor mental dan psikologi dan tidak menjurus secara langsung kepada isu keagamaan.

Pakar Terapi Keluarga, Persatuan Pemudi Islam Singapura, Maimunah Mosli dan Kaunselor Madani Mental Health Care Indonesia, Ginanjar Maulana Fathurahman, bersependapat bahawa kekurangan ruang kendiri dan faktor kewangan adalah antara penyebab keruntuhan institusi kekeluarga semasa pandemik COVID-19.

Forum kedua membincangkan topik ‘Sukarelawan sebagai Frontliners’ menekankan aspek makna sebenar sukarelawan dan isu segelintir pihak yang menangguk di air yang keruh dengan menjadikan aktiviti kesukarelawanan sebagai ‘wayang’ untuk kepentingan diri sendiri.

Mengupas isu kewajaran sukarelawan diangkat sebagai ‘petugas barisan hadapan semasa pandemik, Pengasas dan Pengerusi Persatuan Yayasan Peduli Sahabat Indonesia, Agung Sugiarto berkata sukarelawan sentiasa sedia membantu bukan hanya semasa pandemik COVID-19, malah di mana sahaja tempat yang memerlukan bantuan.

Presiden Briged Bakti Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik tidak menyangkal isu segelintir pihak yang cuba mencari populariti dengan aktiviti kesukarelawanan dan beliau menegaskan bahawa kebajikan yang dilakukan perlu bersifat ikhlas dan bukan untuk kepentingan diri.

Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura, Rahayu Mohamad berkata isu sukarelawan yang dilihat sebagai ‘wayang’ boleh dibendung melalui sistem pengurusan yang mantap bagi sesebuah organisasi. - UPM

 

SXMWQAO~