???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Dua pelajar Program SULUNG 3.0 antara yang mendaftar di UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Nur Zairi Mohd Nazari

 

 

SERDANG, 6 Okt – “Bersyukur dan sangat berterima kasih kepada UPM kerana kami terpilih mengikuti Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0 (SULUNG 3.0).” Itulah dirasai oleh dua pelajar, Ahmad Iqbal Mohamed Kalandan dan Eidreena Sofea Mohd Rizal yang ditemui selepas mendaftar sebagai pelajar baharu di UPM, hari ini.

 

Ahmad Iqbal, 19, mendaftar dalam program Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, optimis untuk berjaya dalam bidang pengajian yang diminati beliau.

 

“Harapan saya agar ilmu yang diperoleh akan saya praktikkan serta dimanfaatkan dan saya mahu berkongsi ilmu kepada masyarakat untuk melahirkan generasi yang cintai ilmu pengetahuan,” katanya.

 

Bagi pelajar Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Eidreena Sofea, 20, yakin beliau akan mendapat pendidikan yang terbaik di universiti ini.

 

“UPM adalah antara universiti terbaik di negara ini dan dipilih untuk berada di Menara Ilmu ini tidak akan saya sia-siakan dan saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan semoga dengan pengetahuan saya ada kelak akan membantu dalam kerjaya saya di masa depan,” katanya.

 

Dalam pada itu, UPM telah melaksanakan SULUNG 3.0 bagi menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan untuk melanjutkan pengajian di UPM kepada generasi pertama keluarga B40 ke peringkat pendidikan tinggi.

 

Sebelum ini, UPM telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Siswa Sulung 1.0 dengan penyertaan sepuluh pelajar, diikuti oleh 395 pelajar dalam SULUNG 2.0. melalui inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

SXMWQAt~