Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
BINTULU, 2 November- Demi masa depan yang menjamin masa hadapan beliau menggunakan tulang empat keratnya mengumpul wang untuk membayar yuran menyambung pengajian diploma dengan bekerja di sebuah kilang membungkus kayu papan lapis di Bintulu, Sarawak.
Berkat bekerja di kilang tersebut beliau mampu membiayai yuran pengajian pada semester yang pertama di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dalam bidang yang diminati demi mengubah masa depan beliau.
Pelajar Diploma Pembangunan Manusia, Benedick Adam Anak Jawan, 21, berkata, Untuk memperoleh diploma bukan sesuatu yang mudah, saya belajar bersungguh-sungguh sehinggakan menerima biasiswa Kursi Tok Nan.
Beliau berkata, walaupun ibu suri rumah dan ayah pula seorang pemandu lori beliau berjaya membuktikan kepada semua bahawa usaha yang gigih akan membuahkan hasil.
" Saya menginspirasikan kedua ibu bapa saya yang tidak pernah lelah dalam membesarkan kami adik beradik.
Motivasi dalam diri saya adalah ‘jika orang lain boleh, kita juga mesti boleh’. Bagi mencapai sebuah matlamat terdapat banyak halangan dan rintangan yang kita perlu hadapi. Oleh itu, berusahalah lebih jika ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan.
"Walaupun saya bukan dari keluarga yang berada, saya tetap bertekad untuk mengubah kehidupan keluarga dan memberi inspirasi kepada adik-beradik yang lain.
''Terdapat banyak cara untuk melanjutkan pelajaran di universiti tetapi bergantung pada usaha sendiri.
Katanya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Dalam pada itu, Benedick Adam juga merupakan penerima Biasiswa Kursi Tok Nan.
Inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPMKB dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak secara langsung membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan.