???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Delegasi Bangladesh ikuti latihan pengkomersialan harta intelek di UPM

Oleh: Hafliza Hussin

 

SERDANG - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan delegasi daripada Bangladesh Hi-Tech Technology Park Authority (BHTPA) Bangladesh, Naib Canselor Chittagong University of Engineering & Technology dan Canadian University of Bangladesh, baru-baru ini.

Kunjungan itu bertujuan mendapatkan kepakaran dan latihan inovasi berkaitan pengkomersialan harta intelek dan pemindahan teknologi yang dijalankan di UPM.

Latihan diadakan selama dua hari dengan bimbingan pakar-pakar pemindahan teknologi di PSP iaitu Timbalan Pengarah (Pemangku), Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar, Ketua Pengawai Eksekutif (Pengkomersialan) InnoHub  Ahmad Zakir Dato' Wira Ja'afar, dibantu oleh Penyelaras InnoHub UPM Dr. Wan Nurhayati Wan Abd. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemangku), Bahagian Putra IP, Dr. Zahira Mohd Ishan, serta dua pegawai penyelidik di PSP, Asrizam dan Norliyana.

Wakil delegasi, Mr. A N M Safiqul Islam, Pengarah Projek (Setiausaha Bersama), Bangladesh Hi-Tech Park Authority dan Prof. Dr Mohammad Mahfuzul Islam, Naib Canselor, Bangladesh Canadian University turut mengadakan perbincangan bersama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, bagi melihat potensi kolaborasi bersama UPM terutamanya bagi program Pengajian Pascasiswazah dan kepakaran lain di UPM.

Pada masa yang sama, Ahmad Zakir dan Dr. Wan Nurhayati yang juga penyelaras inovasi Pusat Tanggungjawab (PTJ) mewakili Pengarah PSP berkongsi mengenai latihan lain yang boleh dijalankan antara UPM dan Bangladesh Hi-Tech Technology Park Authority, universiti dan institut penyelidikan di negara itu.

UPM mengalu-alukan delegasi antarabangsa mahupun tempatan untuk membuat lawatan ke UPM bagi mendapatkan pendedahan pengurusan program pengajian   terutamanya program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan serta melihat dan mendapatkan kepakaran yang ada di universiti.

Mereka juga dibawa untuk melawat UPM-MTDC, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama antara PSP dan Innovation and Technology Managers Assosiation (ITMA) Malaysia bagi melihat aktiviti pemindahan teknologi dan program inkubasi di organisasi berkenaan.

Latihan inovasi ini diuruskan oleh Pegawai Eksekutif di Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi, PSP,  Hafliza Hussin, dengan kerjasama UPM Education and Training Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut mengenai latihan inovasi, layari http://www.sciencepark.upm.edu.my atau email putra.dynamics@upm.edu.my. - UPM

 

SXMXDAw~