???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Bekas Naib Canselor UPM terima Pengurniaan Gelaran Profesor Emeritus

 

SERDANG, 1 Disember – Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris menerima Pengurniaan Gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48, kelmarin.

 

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan  pengurniaan gelaran Profesor Emeritus kepada tokoh saintis bidang perubatan avian.

 

Kerjaya Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini di UPM selama lebih 40 tahun menyaksikan beliau memegang pelbagai jawatan penting, termasuk sebagai Naib Canselor ke-8 dan wanita pertama memegang jawatan tersebut pada tahun 2016 hingga 2020.

 

Di bawah kepimpinan beliau, kedudukan UPM melonjak dalam QS World University Rankings, menjadikan UPM sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia ketika itu.

 

Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini juga merupakan ikon yang dikenali sebagai saintis tersohor dan pemimpin berwibawa dengan rekod pencapaian luar biasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Sebagai perintis pembangunan vaksin poltri di Malaysia, Paduka Setia Dato’ Dr. Aini memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengkomersialan lima vaksin utama, antaranya vaksin Newcastle Disease (ND-V4UPM) dan Fowl Pox yang kini digunakan di lebih 20 negara.

 

 

Kejayaan ini bukan sahaja menyokong industri poltri, tetapi juga mengukuhkan kedudukan UPM sebagai peneraju penyelidikan pertanian di Malaysia.

 

Di peringkat antarabangsa, beliau telah mewakili Malaysia dalam organisasi berprestij seperti Majlis Akademi Sains Dunia Islam dan sebagai Naib Presiden Persatuan Veterinar Poltri Sedunia – Wanita ASEAN pertama yang dilantik ke jawatan tersebut. Beliau juga diiktiraf sebagai “World Top 2% Scientist” oleh Stanford University.

 

Selain itu, Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini adalah penerima pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah Akademik Negara, Anugerah Matsuda oleh ISSAAS, dan Ikon Pekerja Wanita CUEPACS. Kepakarannya turut diiktiraf melalui pelantikan sebagai Felo Akademi Sains Malaysia dan The World Academy of Sciences (TWAS).

 

Walaupun beliau telah bersara daripada UPM, Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini terus aktif menyumbang dalam pelbagai peringkat.

 

Kini, beliau adalah Pro-Canselor International Medical University dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih bagi Anugerah Akademik Negara. Komitmennya terhadap pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan komuniti menjadikan beliau figura inspirasi dalam dunia sains dan akademik.

SXMWQAf~