???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Ayah tunggu anak habis kelas hampir tiap hari

Oleh : Nurul Amiraa Mohamed Rafic

 

SERDANG, 29 Okt - “Saya sering menghantar dan menjemput Aisyah dari kuliah hampir setiap hari. Bayangkan saya duduk dalam kereta sepanjang hari sendirian” demikian kata pelakon, pengarah dan produser terkenal, Shahrom Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Along Kamaludin.

 

Hasil pengorbanannya, anaknya Aisyah Shahrom, 23, menerima ijazah kelas pertama Bacelor Sastera (Bahasa Asing) sekaligus merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Program Bacelor Bahasa Asing (Bahasa Perancis) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42 di sini.

 

Menurut ibu Aisyah, Arni Idris, pernah ayahnya resah dan menghubungi anaknya tiga jam sekali sepanjang empat bulan Aisyah berada di Perancis kerana tidak pernah berpisah dengan anak gadisnya.

 

Anak sulung dari dua adik beradik itu berkata, sepanjang pengajian beliau turut melakukan kerja sambilan dalam bidang lakonan terutama pada cuti semester atau masa senggang tetapi harus bijak membahagikan masa dengan pelajaran.

 

“Hubungan saya dan ayah memang rapat sejak kecil dan ayah serta keluarga banyak memberi sokongan moral sepanjang menghabiskan pengajian di UPM,” kata graduan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPM itu. - UPM

SXMWQAK~