???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Ayah meninggal ketika minggu orientasi, nasihat terakhir menjadi penguat Irnah genggam ijazah

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

 

 

SERDANG, 29 Nov – Tidak sampai 24 jam menjalani Minggu Perkasa Putra sesi 2019/2020 (minggu orientasi) sebagai pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM), Irnah Mohd Ton, 24, diuji dengan perkhabaran ayah tercinta dimasukkan ke hospital.

 

Mengimbas kenangan lama, graduan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) ini berkata beliau segera membeli tiket kecemasan untuk terbang semula ke Sandakan dan terus ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan pada ketika itu.

 

“Saya masih ingat bagaimana ayah begitu terharu dan gembira kerana anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam bidang perguruan dan menghantar anaknya ke lapangan terbang diiringi dengan doa, nasihat, senyuman dan pelukan yang sangat erat.

 

“Saya hanya sempat menjaga ayah di HDOK selama lima hari sebelum beliau pergi buat selamanya. Hari ini apabila melangkah masuk ke dalam dewan untuk majlis konvokesyen, saya menangis teringat pada arwah ayah,” luahnya sebak.

 

Menjadi satu-satunya anak daripada enam beradik yang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah membuatkannya tidak ingin berputus asa.

 

 

Katanya nasihat arwah ayahnya menjadi penguat semangat untuk beliau menghabiskan pelajaran setiap kali merasa patah semangat.

 

“Arwah ayah merupakan seorang pemandu lori. Sejak zaman persekolahan lagi beliau sering memberi nasihat dimana ada kemahuan di situ ada jalannya dan selagi bapak masih ada, bapak akan bantu untuk anak-anak gapai cita-cita.

 

“Saya sentiasa yakin bahawa kejayaan akan dapat dimiliki sekiranya tetap berusaha seperti kata-kata arwah bapak. Itulah penguat semangat saya selain membanggakan ibu yang tidak pernah putus berdoa untuk kejayaan saya,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau turut menanam hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di UPM. 

 

SXMWRAN~