???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

AYAH JUAL KERETA UNTUK PENGAJIAN BRENDA

Oleh: Nurul Qamarina
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

Serdang, 28 November - Brenda Marcus, akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47 pada hari ini. 

 

Anak kelima daripada enam orang adik beradik ini telah melihat kesungguhan bapanya untuk menampung pelajaran mereka. Semasa mendapat tawaran belajar, bapanya menjual sebuah kereta bagi menanggung kos pengajiannya. Beliau bernekad untuk merealisasikan impian ayahnya iaitu menginginkan anaknya menjadi seorang guru.

 

“Tahun ini saya dapat meraikan perayaan Krismas bersama keluarga setelah 4 tahun,“ katanya. Beliau menahan rindu selama 4 tahun kerana hanya pulang ke Sarawak apabila cuti semester sahaja.

 

Anak kelahiran Sarawak ini melihat cabaran yang datang sebagai perkara yang positif. Beliau berkongsi antara cabaran terbesarnya adalah ditempatkan di sekolah yang jauh dari UPM tanpa saudara mara semasa menjalani latihan pengajaran.

 

 

“Saya berjalan kaki sejauh 1 kilometer setiap hari dan hanya menggunakan grab ketika hujan sahaja,” katanya. Duit bantuan yang diperolehi hanya mampu untuk menampung kehidupannya selama 4 bulan dan beliau membuat kerja sambilan sebagai tutor secara dalam talian.

 

Brenda juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Kolej dan juga Presiden Anak Persatuan Negeri Sarawak mampu untuk membahagikan masa dan mengekalkan kecemerlangannya dalam bidang akademik. 

 

“Saya membahagikan masa dengan betul dan memastikan pelajaran saya tidak terabai,” katanya. Kesungguhan beliau melayakkan beliau untuk memperoleh tempat ketiga dalam Anugerah Tokoh Kepimpinan Kebudayaan di peringkat kebangsaan.

 

Beliau berpesan kepada anak-anak Sarawak untuk belajar jauh kerana banyak bantuan yang tersedia. Tambah beliau, cabaran yang datang tidak melebihi kemampuan sendiri dan sentiasa menjaga adab semasa belajar.

SXKSTAq~