???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Atlet hoki UPM kongsi ilmu sukan di Indonesia

Oleh: Aisyah Saad

 

JAKARTA – Seramai 30 pelajar anggota pasukan hoki lelaki dan wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) mengunjungi Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) dan Universiti Negeri Jakarta (UNJ) di Indonesia, baru -baru ini.

Kunjungan di bawah Program Mobiliti Pelajar di Universiti-universiti Indonesia 2018 selama lima hari itu bertujuan memupuk semangat kesukanan dan berkongsi ilmu sains sukan Malaysia-Indonesia.

Ketua Pusat Sukan UPM, Dr Hanafiah Ayub berkata mereka berinteraksi dengan atlet-atlet di UPI dan UNJ serta berkongsi mengenai fasiliti dan sistem pengurusan sukan di Indonesia khususnya di kedua-dua universiti itu.

“UPI dan UNJ mempunyai antara fasiliti sukan yang terbaik serta sistem pengurusan yang bagus dan kelebihan ini telah menjadikan pasukan hoki mereka antara pasukan terhandal di Asia.

“Program ini berjaya meningkatkan semangat kesukanan para atlet hoki UPM, UPI dan UNJ serta mengeratkan lagi hubungan antara pemain pasukan kedua-dua buah negara,” katanya.

 

Seorang peserta program, Nurul Safiqah Mat Isa berkata, ketika di UNJ mereka dibawa bersiar-siar serta mengunjungi arena sukan Para Asia Game 2018 di Jakarta dan turut merasai makanan yang digemari di sana iaitu Nasi Ayam Penyet di restoran yang terkenal dengan keenakan makanan itu.

“Kami pasukan hoki UPM bersyukur kerana mendapat peluang melihat sendiri arena sukan untuk atlet Para Asia Game 2018 yang diadakan di sekitar bandar Jakarta. Layanan yang diberikan oleh UNJ sangat mesra,” katanya.

Beliau berkata, peluang bersama-sama mahasiswa UPI dan UNJ itu amat bermakna dan berharap ruang memperoleh ilmu di peringkat antarabangsa akan terus terbuka luas untuk mereka pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang diadakan ialah perlawanan persahabatan antara pasukan hoki UPM dengan kedua-dua universiti itu. Perlawanan antara pasukan hoki wanita UPM dan UPI di Bandung berakhir dengan UPM menang 5-0, manakala antara pasukan hoki wanita UPM dan UNJ seri 3-3.

Selain berkongsi mengenai hal sukan, program itu turut berkongsi maklumat mengenai budaya dan tradisi pada majlis makan malam dan persembahan kebudayaan. Meskipun Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun, terdapat perbezaan budaya yang boleh dikongsi bersama.

Program mobiliti dijalankan di UPI dan UNJ adalah kerana kedua-dua universiti ini mempunyai pasukan hoki yang kuat dan terbaik di Indonesia. Atlet kedua-dua universiti itu bukan sahaja hebat dalam sukan hoki malah turut cemerlang dalam bidang akademik.  - UPM

SXMXEAx~