???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Arwah rakan pendorong Abdul Qader berjaya menggenggam Bacelor

 

 

SERDANG, 30 Nov – “Sepatutnya arwah rakan saya hadir bersama saya pada hari ini namun beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu,” kata graduan Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Pengajian Jarak Jauh (PJJ), Universiti Putra Malaysia (UPM), Abdul Qader Ghulam Qader pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47 Sidang 2, di sini.

 

Abdul Qader, 36, berkata beliau telah bersahabat dengan arwah rakannya Mohd Azhar Awang selama sebelas tahun menceritakan dorongan daripada sahabatnya itu membuatkan beliau untuk melanjutkan pengajiannya.

 

“Sebenarnya semasa saya tamat diploma pada tahun 2008 saya telah mendapat tempat di Universiti Awam, tetapi pada masa itu saya ditawarkan kerja dan terpaksa menangguhkan hasrat saya.

 

“Sepuluh tahun berlalu kemudiannya arwah rakan Mohd Azhar baharu sahaja graduat dari UPM dan berharap saya akan mengikut jejak langkah beliau untuk memperoleh ijazah. Arwah telah mendorong saya untuk mengisi borang permohonan dan kemudiannya dihantar ke UPM,” katanya.

 

 

Beliau turut berkata, keputusan melanjutkan pengajian bukan kerana paksaan dan desakan malah ianya satu semangat bagi beliau serta bersyukur mempunyai rakan yang mendorong beliau melakukan perkara ke arah kebaikan. 

 

“Saya turut memaklumkan kepada keluarga mengenai hasrat saya ini dan saya menerima sokongan yang jitu dan itu melegakan saya kerana untuk saya penting mendapat restu dalam menjalankan sesuatu perkara,” katanya. 

 

Abdul Qader yang berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Hulu Terengganu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu berkata, beliau meluangkan masa selama dua jam setiap malam untuk menyiapkan tugasan pensyarah serta ulangkaji pengajian beliau.

 

“Disiplin dan konsisten ini penting kerana saya tahu jika tidak buat demikian saya akan  keciciran di dalam kelas dan ini adalah waktu emas saya untuk meneliti semula nota pengajian saya,” katanya. 

 

Beliau juga berpandangan ilmu harus dituntut dan perlu menghargai setiap perkara yang kita pelajari untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.

 

“Jika kita tinggalkan harta, harta itu akan habis, tetapi kalau  kita tinggalkan ilmu, ia akan dimanfaatkan dan boleh memberi kesejahteraan di masa depan,” katanya.

SXKOSA~