???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Arkib PSAS Memelihara Warisan Sejarah di Era digital

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

Di zaman era pemodenan ini, tidak boleh menafikan bahawa teknologi digital semakin mendominasi pelbagai aspek kehidupan. Adakah masih relevan penggunaan buku pada masyarakat kini dan apakah fungsi peranan arkib dalam memelihara serta memulihara buku?

 

Tahukah anda bahawa arkib berfungsi sebagai tempat penyimpanan dan pemeliharaan pelbagai jenis bahan yang mempunyai nilai sejarah, budaya atau akademik dan buku merupakan salah satu bentuk bahan yang di simpan di arkib.

 

 

 

Ketua Bahagian Arkib dan Memori, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM, Muizzudin Kaspol berkata beliau bertanggungjawab menguruskan semua koleksi-koleksi arkib dan memori di perpustakaan.

 

“Kebanyakan bahan arkib di simpan secara fizikal di gedung manakala bahan digital melalui sistem web sedia ada untuk memulihara serta memudahkan akses kepada masyarakat.

 

“Saya juga perlu memastikan bahan-bahan sejarah dan maklumat yang terkandung dalam arkib tidak hilang atau rosak kerana pemuliharaan ini melibatkan pelbagai aspek seperti soal keselamatan, keaslian dan aksesibiliti,” katanya.

 

Media sosial memainkan peranan besar dalam penyebaran maklumat dan promosi budaya dengan membuat pameran serta membantu pegawai-pegawai tadbir dalam memperolehi bahan maklumat atau bahan sejarah.

 

“Penggunaan media sosial adalah cara untuk memperkenalkan perpustakaan sebagai pusat pengetahuan yang bermanfaat untuk menyelami sejarah negara dan bangsa.

 

“Tugas saya juga membantu pegawai-pegawai dari segi pengumpulan maklumat serta proses pelupusan tetapi mereka perlu urus bahan arkib tersendiri.

 

“Bahan yang mempunyai nilai sejarah atau nilai akademik akan kami simpan untuk kegunaan masa hadapan,” katanya.

 

Menurut beliau, penggunaan buku masih relevan kerana tidak semua buku ada dalam bentuk digital dan pengguna buku digital lebih ramai berbanding yang meminjam buku secara fizikal. Malahan, pengurusan PSAS lebih fokus kepada ‘e-book’ yang seiring dengan teknologi kini.


Buku adalah simbol kebijaksanaan dan jendela pengetahuan yang telah lama berada dalam peradaban manusia. Oleh itu, tugas memulihara buku menjadi suatu tanggungjawab luhur yang harus digalas oleh setiap lapisan masyarakat agar warisan intelektual kita tidak pudar.


Pembantu Tadbir, Unit Arkib dan Pemuliharaan PSAS, UPM, Muhammad Hafizan Tajuddin berkata, tugas membaiki buku melibatkan pelbagai jenis kerosakan dan setiap jenis kerosakan memerlukan kaedah yang berbeza untuk pemulihan.

 

“Buku yang rosak akan kami baiki struktur buku, lindungi dari bahan kimia serta melakukan pembersihan untuk memastikan kekal dalam keadaan baik dan boleh diguna semula.

 

“Kerja pemuliharaan harus dilakukan kerana kita mempunyai akta dengan tujuan memastikan warisan negara dapat dikekalkan,” katanya.

 

 

 


Memulihara dan membaiki buku adalah tugas yang penuh dengan cabaran yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi, ketelitian, serta pemahaman mendalam tentang bahan dan struktur buku itu sendiri.

 

“Proses membaiki buku selalunya kami akan menggunakan proses restorasi kertas untuk permukaan buku yang telah koyak tanpa mengganggu kandungan dalam buku.

 

“Selain itu, kami juga melakukan pembersihan pada buku dengan menyemak semula keadaan buku serta membuat ‘rebinding’.

 

“Kaedah ‘Rebinding’ pada buku ini, boleh melindungi kandungan buku serta membaiki kulit buku dengan bahan yang sesuai seperti kain kanvas supaya utuh dan kekal lama,” katanya.

 

Dalam pada itu, Bahagian Arkib dan Memori PSAS dalam persiapan melakukan pameran sempena “100 Tahun UPM” pada tahun 2030. Proses pengumpulan bahan ini melibatkan kerjasama Arkib Negara.

SXMXDAq~