???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Anak penoreh kongsi buat tiga kerja demi pelajarannya

 

Serdang, 4 Disember-    Empat tahun lalu, ibu dan bapa graduan ini terpaksa meminjam wang daripada penduduk kampung bagi membayar yuran pendaftaran anak sulungnya yang ingin menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Anak penoreh getah ini menceritakan kisahnya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Semenanjung seorang diri demi pendidikan meskipun jauh beribu batu dari negeri kelahirannya Sabah.

Graduan Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian , Fakulti Perhutanan  dan Alam Sekitar (FPAS), UPM, Bate Severinus, 24, berkata, beliau amat terharu dengan usaha ibu dan bapanya yang bertungkus lumus mencari rezeki sebagai penoreh getah demi enam beradiknya.

“Bohong kalau saya kata saya tidak pernah berlapar semasa belajar. Tetapi saya tidak mahu membebankan ibu bapa saya yang sudah banyak berkorban untuk kami enam beradik.

“Ujian terbesar saya di UPM adalah kewangan. Walaupun saya menerima Biasiswa kerajaan negeri Sabah, namun kos sara hidup di sini agak tinggi jadi saya membuat tiga kerja sambilan untuk menyara kehidupan dan  akan pulang ke Sabah setahun sekali sahaja,’’ katanya.

“Saya bertekad untuk menjadi teladan kepada adik-beradik dan berjanji untuk membalas jasa ibu dan ayah,’’ katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 hari ini.

 

Impian anak Dusun Minokok ini adalah untuk membawa ibu dan ayahnya hadir ke majlis konvokesyen akhirnya tercapai.

“Terima kasih ibu dan ayah kerana sanggup berkorban demi masa depan saya.

“Saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai anak ibu dan ayah, ” ujarnya.

Kejayaan hari ini adalah pengorbanan ibu bapa beliau yang bekerja keras di ladang getah.

SXMWQAM~