???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Ahmad Danish Iskandar rangkul Anugerah Putra Ikon UPM 2024

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Saleha Haron 
 
 
BANGI, 29 Julai – Pelajar tahun dua Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Danish Iskandar Mohd Fadzil, 21, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Putra Ikon (API) UPM 2024.
 
Anak sulung daripada tujuh beradik ini berkata kejayaan tersebut tidak akan diperolehinya tanpa doa yang hebat daripada kedua ibu bapanya.
 
“Anugerah ini sebenarnya untuk membanggakan ibu dan ayah saya kerana saya yakin kejayaan ini tidak akan datang tanpa doa-doa mereka. Saya juga ingin menjadikan kejayaan ini sebagai contoh teladan yang baik buat adik-adik saya,” katanya.
 
Kejayaan ini membolehkannya untuk membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi kemenangan, dan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya yang telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.
 
 
Sementara itu, Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata kecemerlangan dan keunggulan diri yang baik adalah sesuatu yang harus diikuti oleh semua pelajar.
 
“Apabila seorang pelajar cemerlang, ia menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk turut sama mencapai kecemerlangan. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mencari inspirasi", katanya.
 
Dalam pada itu, API pada tahun ini memperlihatkan FS UPM memperoleh pencalonan tertinggi bagi kategori fakulti dengan 12 permohonan sekaligus membolehkan fakulti tersebut memperoleh wang tunai RM1,000.
 
Dekannya, Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk memotivasikan pelajar, terutamanya dalam program yang berkaitan dengan STEM dan melibatkan pelajar yang menganjur program berkenaan menyertai mesyuarat pengurusan.
 
 
“Kami berusaha membantu dari segi kewangan dan pelbagai aspek lain yang diperlukan. Itulah sebabnya setiap program pelajar, kita akan minta mereka untuk terlibat dalam mesyuarat pengurusan.
 
"Di mesyuarat ini, ia menjadi platform penting di peringkat fakulti untuk kita bersama-sama melihat dan membuat penambahbaikan yang diperlukan.
 
“Saya sangat mengharapkan agar pelajar sentiasa bermotivasi dan kita dapat mengukuhkan kerjasama antara fakulti, kolej, pelajar, penasihat dan semua yang terlibat dalam mengorganisasikan program-program yang berimpak besar kepada negara,” katanya.
 
 
 
API adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) selaras dengan matlamat 1 Pelan Strategi UPM 2021-2025, melahirkan graduan berdaya tahan.
 
Kesemua finalis menerima sijil penghargaan dan plak yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ariffin Abdu. -UPM

SXMWQA7~