???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Adika, Vennesa Pelajar Terbaik UPMKB

 

BINTULU, 2 Nov – Adika Rahmat Kadondoig, 24, dinobat sebagai pemenang Hadiah Live Animals Medical Centre (Graduan Terbaik Bacelor) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke- 48 Sidang 1, UPM Kampus Bintulu (UPMKB) hari ini.

 

Beliau merupakan graduan program Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian berkata, saya bersyukur dengan ilmu saya peroleh di sini yang telah mencungkil potensi diri saya sampai ke tahap ini serta mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran dunia kerjaya yang semakin mencabar,” katanya.

 

 

Beliau juga berazam untuk kembali semula ke UPM untuk berbakti semula kepada universiti ini untuk bersama-sama melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang cemerlang di masa akan datang.

 

“Sebagai alumni kita berupaya untuk berbakti semula kepada UPM baik dalam bentuk wang ringgit, tenaga serta perkongsian idea bagi memperkasakan pembangunan universiti demi kesejahteraan pelajar masa akan datang,” katanya.

 

Sementara itu, Penerima Hadiah Kecemerlangan Yvonne Sing Sai Hoi, Vennesa Anne anak Brown berpandangan universiti merupakan platform untuk mencipta kejayaan dengan pencapaian akademik serta kemahiran diri demi masa depan.

 

 

“Disini saya berpeluang membangunkan diri secara langsung mendidik saya untuk berfikiran kritis dan rasional serta membina rangkaian rakan yang positif untuk membina jati diri yang unggul,” katanya.

 

Vennesa Anne, 21, turut menitipkan nasihat kepada para pelajar UPM agar tidak mengalah dengan segala cabaran sepanjang dalam pengajian.

 

“Kita perlu berlapang dada dan pastinya ada solusi dalam mengatasi permasalah tersebut dan selesaikan dengan kemmapuan kita dan percaya atau tidak kejayaan yang indah  akan hadir dari kesabaran,” katanya.

 

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian sebagai Doktor Perubatan Veterinar dan perancangan beliau untuk terus berjuang hingga menamatkan pengajian ini untuk menjadi doktor veterinar yang berjaya dan berilmu.

SXMWQAm~