???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

90 Pegawai Muda PALAPES UPM 2023 dirai pada Majlis Makan Malam Rejimental

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar


BANGI, 18 Sept - Seramai 90 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diraikan pada Majlis Makan Malam Rejimental 2023 di Bangi Resort Hotel, di sini baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata setiap pegawai PALAPES yang telah ditauliahkan haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan sepenuh hati dan memikul tugas dengan ikhlas.

Katanya, kepemimpinan bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah tanggungjawab yang cukup getir serta amanah yang cukup berat sarat dengan tanggungjawab dan kewajipan.

"Kepimpinan bukanlah satu kelebihan atau kemegahan, tetapi satu pengorbanan yang memerlukan kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh serta tindakan penuh strategi dan perancangan.

"Pendek kata, kepemimpinan adalah wadah pembangunan, kemajuan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa kagum dengan ketahanan fizikal dan jiwa kental yang ditunjukkan oleh Pegawai Muda PALAPES UPM yang menimba ilmu ketenteraan di samping menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa UPM.

Turut hadir, Timbalan Komandan PALAPES UPM, Lt. Kol Dr. Muhammad Fadzil Repin @ Rebin, Ketua Jurulatih PALAPES UPM, Mejar Azlan Shah Baharom, dan Pegawai Penyelaras PALAPES Laut UPM, Lt. Kdr Prof Gs Dr. Mohd Hasmadi Ismail PSSTLDM.

Terdahulu, 90 orang Pegawai Kadet PALAPES UPM telah menerima pentauliahan yang telah disampaikan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin di Padang Kawad PALAPES UUM dan Dewan Mu’adzam Shah, UUM.-UPM

SXKSTA7~