???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

4 pelajar FRSB UPM menang anugerah antarabangsa di Buildner Kingspan Microhome 2024

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
Serdang, 30 Julai – Empat orang pelajar Master Seni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengharumkan nama di peringkat antarabangsa setelah berjaya memenangi ‘Anugerah Pelajar Buildner’ pada pertandingan Buildner Kingspan Microhome 2024, baru-baru ini.
 
 
Pasukan ini terdiri daripada Yoong Zheng Quan, Branda Wee, Cheah Kim Hoong dan Pang Jian Sheng yang tampil dengan idea kreatif melalui konsep Wavefront Living iaitu reka bentuk rumah mikro boleh lipat, mudah alih dan boleh disesuaikan dengan keadaan laut yang pelbagai.
 
 
Yoong Zheng Quan berkata projek ini memberi tumpuan kepada penyelesaian tempat tinggal buat lebih 300,000 pelarian laut di Sabah.
 
 
“Melalui pengalaman ini, kami berharap dapat menyumbang penyelesaian yang bermakna dan lestari untuk terus memperbaiki dan mengembangkan diri sebagai arkitek,” katanya.
 
 
Kejayaan pasukan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM 50,000 (10,000 euro).
 
 
Dalam pada itu, projek yang memenangi kategori ini adalah hasil daripada tugasan kursus ARC5701 (Penerokaan dan Inovasi Senibina) semester 2024 dibawah penyeliaan Prof. Madya Dr Mohd Fakri Zaky Jaafar.
 
 
Prof. Madya Dr. Mohd Fakri Zaky berkata hadiah kemenangan itu merupakan hadiah terbesar bagi pelajar dari Program Master Seni Bina setakat ini.
 
 
“Pertandingan ini sudah memasuki edisi ketujuh dan ia merupakan salah satu pertandingan senibina antarabangsa yang menarik minat peserta secara global termasuklah arkitek, pereka profesional dan pelajar dengan penyertaan dari 115 negara pada tahun ini,” katanya. -UPM

SXMWQA~