???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

18 pakar penyelidik kongsi ilmu di Klinik Pakar Pertanian UPM sempena MAHA 2024

SERDANG, 14 September- Seramai 18 pakar penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) akan ditampilkan sebagai rujukan masyarakat di Klinik Pakar Pertanian UPM pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung pada 11 hingga 22 Septermber.

 

 

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, pada MAHA kali ini UPM menampilkan Klinik Pakar Pertanian yang memainkan peranan sangat penting kepada pengunjung untuk mempelajari ilmu pertanian bersama pakar pertanian dari Fakulti Pertanian UPM dalam mendepani isu sekuriti makanan negara.

 

''Tema MAHA pada kali ini iaitu 'Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom', selari dengan inisiatif keterjaminan makanan negara yang merangkumi pendidikan, penyelidikan, dan kolaborasi industri dan komuniti.

 

 

 

''Klinik ini memberi fokus berkenaan peningkatan kesedaran dan pendedahan untuk mendidik pengunjung tentang perkembangan terkini dalam industri pertanian dan memberi maklumat mengenai trend masa depan serta mengenal pasti kelompongan dan penyelesaian efektif dalam bidang pertanian ini.

 

Tambahnya, reruai UPM turut mempamerkan pertanian bandaran yang sesuai digunakan oleh masyarakat bagi menyumbang kepada agenda sekuriti makanan negara sepanjang MAHA berlangsung, UPM turut menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat dengan adanya Klinik Pakar Pertanian UPM di MAHA 2024.

 

Pengunjung yang hadir berpeluang bertemu dengan 18 pakar di Klinik Pakar Pertanian UPM bagi mempelajari ilmu pertanian iaitu tanaman makanan (Sorghum), teknologi tisu kultur benih tanaman, pembajaan kompos, penternakan kelulut, pertanian bandar, pertanian dalam komuniti, pengembangan pertanian dan pembangunan luar bandar dan lain-lain.

SXMWNA7~