???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

150 pelajar UPM sertai seminar jadi influencer bertaraf antarabangsa

Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi dan Zainida Nor Izzati Mohd Zainuri

SHAH ALAM, 25 Sept – Seramai 150 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilatih menjadi influencer bertaraf antarabangsa dalam seminar International Youth Influencer Convention (IYIC) secara atas talian.

Seminar itu bertujuan untuk melatih dan membimbing 500 belia menjadi influencer dan Key Opinion Leader (KOL) dalam kalangan masyarakat bertaraf antarabangsa.

Wakil Chapter Alumni YOSH UPM, Nur Suiadah Shamsudin berkata seminar itu juga untuk mendedahkan golongan belia kepada kuasa viraliti di platform sosial media dan membimbing belia untuk berani untuk menyampaikan mesej positif dan bermotivasi melalui slot Be The Next Key Opinion Leader (KOL)

Wakil MyFundAction, Nur Hafezzah Hussin berharap usaha itu memberi mesej positif dan dapat disebar secara meluas ke seluruh dunia dengan memanfaatkan kuasa viral media social.

“Sekiranya belia tidak bersungguh-sungguh menjadi influencer yang mengajak kepada kebaikan, masyarakat akan dipengaruhi oleh influencer yang membawa pengaruh buruk daripada segi pemikiran, kefahaman mahupun perbuatan,” katanya.

MyFundAction turut menampilkan penceramah dan fasilitator hebat secara atas talian antaranya content creator MyFundAction, Nur Eizzaty Hazirah; media MyFundAction Sabah, Salwa Naidin; dan pengawai pemasaran Leds Studio, Aiman Abdullah, untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan peserta.

Pengasas dan Penasihat Utama MyFundAction, dan Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction, Tuan Muhammad Afiq Mohmad Nazari serta Ketua Pegawai Pemasaran, Nur Hafezzah Hussin juga memberi wawasan dan perkongsian.

Barisan fasilitator sukarelawan YOSH tidak kekok dalam memberi tunjuk ajar kepada rakan sebaya mengenai pengalaman menjadi influencer di pelbagai platform sosial media seperti Instagram, Twitter dan TikTok.

Menerusi seminar itu, peserta diingatkan agar mengutamakan penghasilan content yang berkualiti daripada mengejar populariti supaya lahirnya impak positif dalam kalangan masyarakat.

Pelajar Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Nurul Amira Harun berkata beliau berharap influencer belia perlu mengetahui tujuan apabila memaparkan content di dalam platform media sosial.

“Mereka perlu sedar keutamaan memaparkan content yang berhemah serta memberi pengajaran kepada umum bukan bertujuan meraih populariti tetapi untuk berkongsi manfaat dan kebaikan dalam pelbagai aspek,” katanya.

Pelajar bidang perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nurin Darwisyah Mohd Faizal berharap seminar seperti itu diadakan lagi bagi menambah ilmu dalam penghasilan content serta memberi kesedaran mengenai impak video yang menjadi viral.

"Saya sangat gembira dapat membantu ahli kumpulan saya dalam pembuatan content sehinggakan ada antara mereka yang berjaya menghasilkan video dan mendapat viewers yang tinggi daripada sebelum ini," katanya.

Seminar itu melibatkan peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Asia Barat.

Peserta adalah pelajar dari universiti tempatan dan luar negara antaranya UPM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Al-Azhar (Mesir), Universiti Telkom (Indonesia) dan Institut Teknologi Bandung (Indonesia). - UPM

SXMWQAU~