???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

13 tahun sebagai malim gunung, Muhammad Shafeeq kukuhkan kepakaran dunia pendakian

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail
Jurufoto: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 30 Nov – 13 tahun menjadi malim gunung, Muhammad Shafeeq Mohd Sapian, 36, akhirnya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Sains (Rekreasi dan Ekopelancongan Lestari) di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2, ingin memperkukuh kepakaran dalam dunia pendakian gunung.

 

“Saya menjadi malim gunung sejak di universiti lagi, iaitu pada tahun 2010. Saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master dalam bidang ini setelah bertemu seorang pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM semasa mendaki Gunung Fuji di Jepun. 

 

“Saya bersyukur kerana penyelia banyak membimbing penyelidikan saya, dan berharap ilmu pelestarian hutan boleh dikongsikan kepada masyarakat, khususnya komuniti malim gunung dan mereka yang minat dalam pendakian,” katanya. 

 

Muhammad Shafeeq yang kini membina kerjaya sebagai perunding sistem maklumat geografik (GIS) berkata, kerjaya ini dipilih kerana minat yang mendalam terhadap bidang perhutanan dan aplikasi ilmu yang ada.

 

“Secara keseluruhan, kajian saya adalah berkisarkan tentang denai pendakian dan tapak perkhemahan di kawasan gunung di Cameron Highlands yang kompleks menggunakan kaedah teknologi geospatial. Kaedah ini adalah untuk mengenalpasti rupa bumi dan tujuan pemetaan bagi menyokong perancangan kawasan rekreasi mampan. 

 

“Dengan itu, kajian ini dapat menyumbang kepada keselamatan dan pemeliharaan laluan pendakian, serta amalan pengurusan denai yang baik kepada pendaki dan komuniti malim gunung sendiri untuk memelihara kelestarian hutan gunung,” katanya. 

 

Tambah beliau, malim gunung dan kerjaya sebagai GIS, Muhammad Shafeeq ingin membuktikan bahawa pemeliharaan alam semula jadi dan tanggungjawab sosial boleh disepadukan dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini juga boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat yang berminat dengan aktiviti mendaki untuk mengamalkan kehidupan lestari.

 

Dalam pada itu, Muhammad Shafeeq menyatakan bahawa pendidikan akademik membantu beliau memberikan sumbangan berharga kepada pemuliharaan alam semula jadi. 

SXKSTAi~