???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

124 murid sertai WE-Care 2019 perkasa STEM

Oleh: Dr. Nurzatulshima Kamarudin

 

SERDANG, 23 Dis – Seramai 124 murid daripada empat sekolah angkat Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor menyertai Program Perkhemahan Wawasan Kemakmuran Peduli Pendidikan (WE-Care 2019).

Sekolah itu ialah SMK LKTP Belitong, Kluang Johor; SKK SK Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang; SK Seri Suria, Kuala Lumpur dan SRI Integrasi Tahfiz Al Ghazali, Puchong, Selangor.

Seramai 19 guru turut mengiringi murid terlibat.

Ia dianjurkan FPP dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM). 

Program itu fokus kepada pertumbuhan serta penjanaan idea berfokuskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pembelajaran yang lebih saksama dan memberi nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah.

Program diketuai pakar dalam pendidikan STEM, Dr. Nurzatulshima Kamarudin dari FPP, UPM dengan kerjasama beberapa pakar iaitu Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden, Dr. Fadzilah Abd. Rahman dan Dr. Roxana Dev Omar Dev dari FPP serta Dr. Mohd. Mokhris Md. Ajat dari Fakulti Perubatan Veterinar, UPM dan Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin dari Fakulti Sains, UPM.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program perkhemahan adalah Inovasi STEM dalam Kemakmuran Bersama, Jalinan Kehijauan Minda STEM, Gerakan Kemakmuran STEM, Kemakmuran Insan, Alam dan Fauna serta Integrasi STEM dalam Sains.

Terdapat juga aktiviti di kolam renang iaitu STEM dalam Akuatik yang melibatkan kemahiran keselamatan di air yang mengintegrasikan elemen STEM.

Malam Kesenian STEM pula, yang memfokus kepada aplikasi STEM dalam irama dan muzik menonjolkan aktiviti kesenian melalui persembahan setiap sekolah seperti tarian zapin, qasidah dan drama muzikal masyarakat Malaysia. 

 

Dr. Nurzatulshima yang juga Pengarah program berkata, aktiviti itu disusun serta digarap bertujuan menerapkan elemen dan konsep STEM dalam pembelajaran murid seterusnya mencetus idea untuk masa hadapan pendidikan yang lebih holistik serta berdaya maju.

Aktiviti yang dilaksanakan juga bersesuaian dengan Prinsip Panduan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) antaranya melalui Prinsip keenam iaitu Masyarakat Peribelajar; penerapan budaya dan polisi pembelajaran berterusan yang akan memastikan penambahbaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai terus berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, yang juga ADUN Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud menutup majlis program WE-Care2019.

 

Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan diadakan program seumpama itu bagi memastikan konsep STEM dapat diperkasa dan dihayati segenap lapisan masyarakat, seterusnya menyumbang kepada kemakmuran serta kemajuan negara. - UPM

 

 

 

SXMWRAu~