Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
Foto oleh: Noor Azreen Awang
UPM SERDANG, 13 OKT –Seramai 10 orang Pelajar baharu sesi 2023/2024 telah menerima bantuan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, Universiti Putra Malaysia (WAZAN UPM) sempena Program Jalinan Mahabbah.
Pemberian bantuan ini adalah bersempena Program Jalinan Mahabbah WAZAN UPM agar sentiasa berusaha menjaga kebajikan pelajar UPM khususnya membantu meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa.
WAZAN UPM telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada para pelajar baharu dan juga platform permohonan bantuan zakat pelajar secara dalam talian untuk pelajar beragama islam
Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr.Mohd Daud Awang berkata pemberian bantuan kewangan ini bertujuan untuk meringankan bebanan pelajar baharu asnaf fakir, miskin dan mualaf bagi sesi 2023/2024.
”Program ini dilakukan bagi membantu pelajar tahun satu yang baru sahaja mendaftar sesi 2023/2024 UPM yang datang daripada pelbagai latar belakang.
”Justeru, pihak WAZAN UPM mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar yang betul-betul memerlukan,” katanya.
Sementara itu, pelajar tahun satu, Fakulti Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, Nur Alya Huraiyah berkata bantuan yang diberikan oleh WAZAN dapat meringankan bebanan kewangan untuk menyara kehidupan di sini.
”Saya sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih keatas sumbangan yang telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang memerlukan.
”Harapan saya agar bantuan seperti ini dapat membantu ekonomi keluarga ke arah yang lebih baik di UPM,” katanya.