Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Mengenai Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan tempat duduk untuk lebih 2,000 orang pengguna pada satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Kejuruteraan & Senibina dan Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak).
Selain itu, PSAS juga menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B, PSAS. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran dan penyelidikan. PSAS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepda penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa. Selain menyediakan bahan bercetak dan bahan media, PSAS juga menyediakan maklumat dalam format elektronik.
Hubungi Kami
EN. MAHBOB BIN YUSOF
Ketua Pustakawan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 8642
Fax: +603-9769 4747
Email: lib@upm.edu.my